Reduce Blood Pressure Health Tip

Loading...

Wednesday, June 27, 2012

PROMOSI RAMADHAN Mesin Terapi Dr Jism ALJABBAR

Gaot,K/Manis,Stroke,Kebas2,d/tinggi,Kolestrol,buah pinggang, Parkinson,jantung,dan msalah kesihatan lain (darah dan saraf)??  Maklumat Lanjut PROMOSI RAMADHAN sms KONSULTAN ANDA 0123374747 -CIK AISYAH Dr Jism & Co. Details product 1- Family Dr - 3 Fungsi  * (Medical Devices yang mobile dan mudah alih untuk Penyakit tidak Kronik dan Pencegahan Penyakit) 2- Dr Jism 5fungsi  * (untuk Penyakit Kronik, Lemah SYahwat, Kolestrol, Jantung,Obesiti dll) 3- Dr Jism 10 Series - 10 fungsi * (Keberkesanan yang lebih cepat, Bentuk Mewah dengan batu germanium dan infra red dan lebih Fungsi)

Friday, June 3, 2011

INFO!!! Barah Payu Dara - Punca Dan Tanda-tanda

KETULAN pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree

relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body mass index (BMI)nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.

Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.

Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.

INFO!! Darah tinggi di kalangan kanak-kanak - Satu ancaman baru!!!

Tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak? Ya, betul apa yang anda dengar. Hipertensi menambah satu lagi senarai penyakit kanak-kanak yang sebahagiannya kini tinggal ‘sejarah’ seperti cacar air.

Tekanan darah tinggi yang selama ini sering dikaitkan dengan golongan dewasa mula menular kepada kanak-kanak malahan bayi juga boleh mendapat penyakit zaman moden ini.

Makanan ringan, minuman berkarbonat tinggi gula dan gaya hidup sedentari yang tidak banyak bergerak, menjejaskan masa depan kanak-kanak untuk membesar sihat.

Kajian terkini mendapati, fenomena hipertensi kanak-kanak dan remaja semakin meningkat dan tambah membimbangkan, doktor kerap terlepas pandang mengenainya.

Hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam The Journal of the American Medical edisi 22/29 Ogos 2007 itu mendedahkan, daripada empat kanak-kanak yang mempunyai masalah tersebut, hanya seorang yang berjaya didiagnosis.

Pakar Pediatrik (Kanak-kanak), Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Noor Aziah Mohd. Saari berkata, hipertensi adalah keadaan di mana tekanan darah sistolik dan diastolik melebihi had maksimum (iaitu > 95 persentile) bersesuaian dengan usia, jantina dan ketinggian seseorang.

‘‘Bacaan tekanan darah perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga kali pada waktu berlainan, dalam keadaan yang tenang dan posisi yang sama, sebelum seseorang disahkan menghidapi penyakit darah tinggi.

‘‘Manakala tekanan darah tinggi pada atau melebihi 90 percentile (120/80 mmHg) tetapi kurang dari 95 percentile bagi usia seseorang remaja dikenali sebagai prahipertensi, yang boleh menjadi hipertensi kemudian hari,’’ katanya.

Menurutnya, kadangkala kanak-kanak atau remaja dikesan mempunyai tekanan darah tinggi semasa pemeriksaan doktor tetapi normal di luar situasi hospital, mungkin disebabkan takut pada doktor dan jururawat. Dalam keadaan ini, pemeriksaan lanjut perlu dibuat untuk pengesahan lanjut.

‘‘Masalah tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia. Walaubagaimanapun, tiada statistik yang dapat membuktikan fakta ini.

‘‘Secara keseluruhannya, hipertensi di kalangan kanak-kanak Malaysia adalah kira-kira 1 peratus sahaja berbanding orang dewasa (24 peratus),’’ ujar Dr. Noor Aziah.

Sebagai negara membangun, jelas beliau, peningkatan status ekonomi keluarga dan pembangunan sosial sedikit sebanyak mengubah cara pemakanan kepada ala barat dan faktor kurang bersenam menyumbang kepada peningkatan obesiti di kalangan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Tambahnya, peningkatan kadar obesiti kanak-kanak ini secara tidak langsung menggambarkan kemungkinan peningkatan masalah hipertensi kanak-kanak di Malaysia.

*Kategori penyakit, punca

Hipertensi terbahagi kepada primer dan sekunder. Hipertensi primer bermaksud tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak terjadi tanpa sebab-sebab diketahui (kurang 5 peratus sahaja).

Hipertensi sekunder sama ada sementara atau kronik berpunca daripada penyakit-penyakit yang melibatkan buah pinggang, penyalahgunaan dadah atau ketidakseimbangan hormon.

Hipertensi primer lebih kerap terjadi pada remaja dan dewasa (lebih 85 peratus) manakala pada kanak-kanak hanya kira-kira 15 peratus. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami tekanan darah tinggi mempunyai sebab yang jelas (85 peratus).

‘‘Hipertensi primer di kalangan kanak-kanak dan remaja berkait rapat dengan obesiti dan adanya kaum keluarga yang menghidap penyakit itu. Ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik, cara pemakanan seluruh ahli keluarga, aktiviti keluarga yang kurang bersenam dan sebagainya.

‘‘Obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja menyebabkan risiko lebih tinggi (30 peratus) untuk menghidap tekanan darah tinggi pada peringkat awal mahupun apabila menjangkau dewasa,’’ kata Dr. Noor Aziah.

Kanak-kanak yang lahir dengan berat badan yang rendah dan indeks jisim tubuh yang meningkat mendadak sebelum usia 15 tahun juga lebih terdedah kepada tekanan darah tinggi primer.

Hipertensi sekunder di kalangan kanak-kanak dan remaja kebanyakannya berpunca daripada penyakit-penyakit yang melibatkan buah pinggang (95 peratus), dadah, tumor otak atau ketidakseimbangan hormon.

Penyakit ginjal yang paling lazim adalah glomerulonefritis (kencing berdarah) akibat jangkitan, sindrom nefrotik (protein dalam kencing), jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang akhirnya menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Penyalahgunaan dadah juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kalangan remaja misalnya penggunaan kokain, tembakau, pil pencegah kehamilan, steroid, pil menguruskan badan dan pil-pil perangsang seperti amphetamine.

‘‘Menghidu kokain boleh menyebabkan tekanan darah melonjak terlalu tinggi sehingga seseorang tidak sedarkan diri, sawan dan pendarahan otak.

‘‘Pelajar-pelajar sekolah juga kini ketagih merokok tanpa menyedari rokok juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Ketidakseimbangan hormon terjadi dalam penyakit hipertiroid, pheochromocytoma dan kongenital adrenal hiperplasia,’’ jelasnya.

*Simptom-simptom

Dr. Noor Aziah berkata, tanda-tanda tekanan darah tinggi kanak-kanak sukar dikenalpasti pada peringkat awal, atau sederhana pada dewasa mahupun kanak-kanak.

Malah ia mungkin lebih sukar dikenalpasti kerana kanak-kanak belum pandai meluahkan perubahan atau ketidakselesaan dialaminya. Oleh sebab itu tekanan darah tinggi kerap digelar salah satu pembunuh senyap.

‘‘Gejala tidak spesifik seperti perubahan tingkahlaku dan prestasi sekolah merosot mungkin ada kaitan dengan tekanan darah tinggi pada peringkat awal dan sederhana.

‘‘Pada peringkat yang lebih kronik, gejala seperti rabun, lemah jantung, kerap kencing, kencing malam akan mula berlaku,’’ sambil menambah, gejala pada peringkat lebih serius tertumpu kepada kesan tekanan darah melampau sehingga mengakibatkan sawan, tidak sedarkan diri atau strok/angin ahmar.

*Diagnosis

Kanak-kanak yang dikesan menghidap darah tinggi perlu dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan kepastian dan mencari puncanya.. Andainya punca dirawat awal, tekanan darah tinggi mungkin hanya sementara dan tidak terlanjur menjadi kronik.

Kanak-kanak yang menghidap darah tinggi perlu menjalani ujian air kencing dan darah untuk menyelidik fungsi ginjal dan lain-lain.

Dr. Noor Aziah memberitahu: ‘‘Hipertensi pada peringkat permulaan dan sederhana lazimnya tidak menampakkan gejala khusus kecuali mungkin perubahan-perubahan kecil seperti perubahan tingkahlaku atau pencapaian sekolah.

‘‘Ia lazimnya dikesan secara kebetulan pada peringkat awal apabila kanak-kanak dibawa untuk pemeriksaan kesihatan penyakit lain atau pemeriksaan rutin sebelum memasuki sekolah atau institusi pengajian.

‘‘Hipertensi jarang disyaki di kalangan kanak-kanak dan remaja. Dengan itu pemeriksaan tekanan darah bukanlah sesuatu yang dilakukan secara rutin seperti pesakit dewasa tetapi atas sebab-sebab yang tertentu sahaja.’’

Malahan, agak sukar untuk mengambil tekanan darah kanak-kanak bawah lima tahun kerana mereka tidak duduk diam ketika pemeriksaan dibuat.

Kanak-kanak juga kerap takut dengan prosedur pengambilan tekanan darah, membuatkan bacaan tidak tepat. Kain lilitan lengan untuk mengukur hipertensi juga perlu sesuai saiz lengan kanak-kanak atau remaja.

Kemungkinan juga satu-satu pusat kesihatan tidak mempunyai kain lilitan lengan dengan saiz yang sesuai untuk kanak-kanak, menyebabkan ia tidak dilakukan secara rutin.

*Senario terburuk

Tekanan darah tinggi kanak-kanak sama bahayanya dengan darah tinggi dewasa sedangkan anak-anak mempunyai masa depan yang lebih panjang untuk dilalui.

Sekiranya mereka mengidap tekanan darah tinggi pada peringkat muda lagi, kemungkinan penyakit ini akan memberi komplikasi yang lebih teruk pada masa depan, sekaligus mengurangkan kualiti kehidupan yang bermakna bagi mereka, ujar Dr. Noor Aziah.

‘‘Tekanan darah yang tinggi boleh merosakkan organ-organ dalaman badan secara perlahan-lahan. Organ yang paling penting dan paling cepat rosak ialah buah pinggang yang pada mulanya dikesan melalui kehadiran protein dalam kencing.

‘‘Lama-kelamaan, keadaan menjadi bertambah teruk sehingga berlaku kegagalan ginjal apabila seseorang penghidap mencapai usia dewasa,’’ katanya.

Tekanan darah tinggi juga, tambah beliau, boleh merosakkan permukaan dalam saluran darah seperti yang terjadi pada orang dewasa. Saluran darah yang sangat penting dan kerap terjejas ialah saluran darah ke jantung, menyebabkan penyakit lemah jantung.

‘‘Kejadian serangan jantung akibat darah tinggi kebanyakannya terjadi apabila menjangkau dewasa. Risiko strok akibat tekanan darah tinggi merosakkan saluran darah ke otak.

‘‘Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan pada kanak-kanak dan remaja. Ini bermakna proses kerosakan yang menjurus kepada penyakit jantung dan strok boleh bermula sejak usia masih kanak-kanak atau remaja,’’ tambah beliau.

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Saturday, November 6, 2010

PROMOSI TERKINI DARI AL JABBAR!!

Mesin Terapi ELektrostatik yang dapat membantu MENCEGAH dan MERAWAT penyakit yang berpunca dari SALUR DARAH dan SARAF seperti Darah tinggi, Kencing Manis, Stroke, Parkinson, Buah Pinggang, Jantung, Obesiti dan lain2 lagi...


Dapatkan Harga Promosi kami..


Family Dr = RM XXXX SAHAJA!!   ( Harga Asal RM 7,800)
* 3fungsi (High Voltage, Negative Voltage dan Negative Ionizer)
Dr Jism = RM XXXXX SAHAJA!!   ( Harga Asal RM 13,500)
* 5Fungsi (High Voltage, Negative Voltage, Low Voltage, Light Wave & Negative ionizer)
Dr Jism 10 Series = RM XXXXX SAHAJA!! ( Harga Asal RM18,900)
Thrapysym Luxury Chair = RM XXXXX SAHAJA  ( Harga Asal RM18,900)
* 2fungsi (High Voltage & Lightwave)
* Selesa dan mewah


#SMS/CALL SAYA UNTUK DAPATKAN HARGA PROMOSI TERKINI!!!
#FREE GIFT AKAN DIBERI BERGANTUNG KEPADA PROMOSI DAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!


Promosi hanya sah di sekitar Semenanjung Malaysia sahaja.


Untuk keterangan lanjut, Sila hubungi saya Konsultant anda Cik Aisyah Afandi 012-3374747.

Thursday, August 12, 2010

Mesin Terapi Elektrostatik - Dr Jism & Family Dr

Mesin Terapi Eloktrostatik yang mampu merawat pelbagai penyakit kronik yang berpunca daripada masalah Saluran Darah dan sistem saraf.



Fungsi Dr Jism.
1- LIGHTWAVE (gunakan pada waktu pagi)
- untuk memecahkan kolestrol, lemak, batu karang atau haid yang tak teratur. Dapat memasuki hingga ke kapilari darah yang paling halus dengan kelajuan arus ulang alik 72,000 frekuensi sesaat.

2- HIGHVOLTAGE (Tengahari)
- untuk membersihkan saluran darah yang tersumbat dan kotor serta membersihkan dan mencairkan darah yang berasid dengan getaran 9000voltan.

3- NEGATIVE VOLTAGE (Petang) 
- untuk menenangkan sistem saraf serta untuk mengelakkan dari mendapat kanser

4- LOW VOLTAGE (Malam) -> Bawa tidur
- untuk support pertumbuhan baru dalam badan.

5- NEGATIVE IONIZER (sentiasa dihidupkan)
- untuk membolehkan udara bersih di alurkan (5juta ion negatif/oksigen) yang akan menyerap 80% ke dalam sistem pernafasan dan 20% diserap di kulit.

6- ACUPUNTURE
-  untuk kebas-kebas kaki atau tangan atau untuk pesakit gaot. Keberkesanan dapat dilihat selepas menggunakan puncture.

P/s: Fungsi2 ini jika digunakan secara rutin pada awal penggunaannya untuk keberkesanan yang lebih baik

HARGA : RM 13,500 (EPP BY CREDIT CARD 6-12 BULAN TANPA FAEDAH)
PROMOSI TUNAI: RM 12,500!!!!!!



Fungsi Family Dr

1- HIGHVOLTAGE (Pagi dan Tengahari)
- untuk membersihkan saluran darah yang tersumbat dan kotor serta membersihkan dan mencairkan darah yang berasid dengan getaran 7000 voltan.

2- NEGATIVE VOLTAGE (Petang dan boleh juga dibawa tidur waktu malam)
- untuk menenangkan sistem saraf serta untuk mengelakkan dari mendapat kanser serta untuk support pertumbuhan baru dalam badan.

3- NEGATIVE IONIZER (sentiasa dihidupkan)
- untuk membolehkan udara bersih di alurkan (5juta ion negatif/oksigen) yang akan menyerap 80% ke dalam sistem pernafasan dan 20% diserap di kulit.

4- ACUPUNTURE
- untuk kebas-kebas kaki atau tangan atau untuk pesakit gaot. Keberkesanan dapat dilihat selepas menggunakan puncture.


HARGA : RM 6,500 (EPP BY CREDIT CARD 6-12 BULAN TANPA FAEDAH)
PROMOSI TUNAI: RM 5,900!!!!!!


Untuk details dan tempahan, sila hubungi Aisyah 0123374747. Tempahan awal setiap bulan akan dibekalkan dengan HADIAH MISTERI beserta percuma penghantaran ke mana-mana destinasi. Consultation juga diberikan PERCUMA!!!